skmaPORTAL PRASKMA

Karnival Prasekolah Peringkat PPD Machang






Lama rasanya tak mencoret dalam blog ini....bukan tak ada bahan tapi 'masa' tu tak cukupnye...banyak perkara yang perlu dibereskan. Cuma sekali sekala tu sempat la menjawab mesej rakan-rakan yang singgah ke sini.

Minggu lepas, pada 29 Jun 2009, telah diadakan Karnival Prasekolah peringkat PPD Machang, bertempat di SK. Pulai Chondong. Sekolah ni hanya lebih kurang 4 km saja dari sekolah saya. Di dalam karnival tu diadakan pertandingan bercerita Bahasa Melayu, bercerita Bahasa Inggeris, deklamasi sajak, hafazan dan tarian rampai. Tiga tempat berasingan telah disediakan oleh pihak tuan rumah untuk semua acara itu.

Kita ni cubalah nak beradu nasib tahun ni dengan masuk semua acara kecuali tarian rampai. Nak buat camna, kalau sebut pasal tari-menari ni memang blur le....tak pandai sungguh. Kalau sikit-sikit menari dengan anak murid kat kelas tu boleh le...tp nak jadi guru tari ....dgn bunga-bunga tarinya tak nampak la...

Tapi alhamdulillah....syukur pada Allah, nampaknya ada rezeki jugak dariNya.





Adik Fakhri Izzul Azim merupakan peserta bercerita Bahasa Inggeris dengan membawakan cerita yang berjudul "The Lion and The Mouse". Dapat menyampaikan cerita dengan baik dan sebutan yang jelas. Berjaya mendapat Johan. Syabas! Tapi sayangnya cikgu tak sempat membuat rakaman video sebab berada di tempat pertandingan bercerita Bahasa Melayu.


Adik Syaza Syalsabila beraksi dengan costum arnab, menyampaikan cerita , "Arnab Dengan Kura-Kura". Beliau berjaya mendapat Naib Johan kategori bercerita Bahasa Melayu.

Adik Azhad Hilman membawakan sajak yang berjudul "Wira Kemerdekaan"
, siap dengan sembah silat sekali. Telah berjaya mendapat Naib Johan kategori Deklamasi Sajak.(Gambar ini diambil selepas majlis selesai) .

Adik Muhammad Haffiz Daniel masuk acara Pertandingan Hafazan. Walau tak mendapat tempat apa-apa tapi dapat juga hadiah penyertaan.

Adik Fakhri Izzul Azim sedang menerima hadiah Johan Bercerita Bahasa Inggeris. Beliau akan mewakili daerah Machang ke karnival peringkat negeri.



Adik Azhad Hilman sedang menerima hadiah dari Pn. Siti Khadijah bt. Mamat.




Bersama anak-anak muridku yang tersayang . Dari kiri Hilman, Azim, Syaza dan Daniel.

Tahniah!........cikgu sayang kamu....good luck.

Bersama-sama AJK Induk yang lain..Pn. Meriani, Pn. Nora, Pn. Hamidah dan Pn. Ramlah selepas selesai majlis penyampaian hadiah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | ZALINA ADAM Design By SEK.KEB. MATA AYER | Modified By DBD 4690 iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top