skmaPORTAL PRASKMA

Malam Anugerah Kecemerlangan

Pada 16 November 2009, berlangsungnya Malam Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Mata Ayer. Kali ni hari penyampaian hadiah telah diadakan pada waktu malam. Nak mengembalikan nostalgia lama...kata Guru Besar. Aturcara telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, En. Che Hussin b. Harun. Disusuli pula oleh ucapan oleh En. Tan Ah Wang iaitu wakil kaum Cina, Kampung Mata Ayer. En. Tan ini adalah bekas guru SK Mata Ayer dan beliau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Awang oleh masyarakat di sini.

Atas : Tn. Guru Besar sedang memberikan ucapan alu-aluan.

Bawah : En. Tan Ah Wang sedang berucap.
Hadiah cabutan bertuah untuk yang hadir dan hadiah kecemerlangan untuk para
pelajar.

Para ibubapa hadir bagi memeriahkan majlis. Persembahan undangan dari murid-murid SJKC Pei Hwa turut menghiburkan.

Penyampaian hadiah bagi murid-murid yang cemerlang dalam akademik.



Turut dipersembahkan Nyanyian Dikir Barat oleh murid-murid SKMA dan dikir barat Kumpulan Komuniti Kg. Mata Ayer.

Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | ZALINA ADAM Design By SEK.KEB. MATA AYER | Modified By DBD 4690 iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top