skmaPORTAL PRASKMA

Mengenal Bentuk

Melukis rupa geometri......segitiga , bulat, segiempat dan bujur (KTI 1.2.6)

Aktiviti melukis rupa geometri memang menyeronokkan dan disukai kanak-kanak prasekolah. Pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu mereka melukis rupa geometri samada dengan hanya melukis dengan tangan bagi yang pandai, atau boleh juga digunakan templat, atau sebarang alat atau objek yang berbentuk bulat, segiempat dan sebagainya sebagai bantuan untuk kanak-kanak membuat rupa bentuk geometri.

Bentuk-bentuk yang telah dilukis akan lebih seronok bila boleh digunting (yang ni budak pra memang suka). Galakkan murid-murid kita mencipta atau membuat gambaran sesuatu objek melalui gabungan bentuk-bentuk tersebut atau menyusun mengikut kreativiti sendiri. Mereka akan lebih gembira bila hasil kerja telah siap.....bagi mereka apa yang dihasilkan semuanya cantik dan indah belaka kerana kanak-kanak memandang sesuatu dari dalam hati yang bersih.....hargailah usaha mereka.








Antara yang telah dihasilkan....



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | ZALINA ADAM Design By SEK.KEB. MATA AYER | Modified By DBD 4690 iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top