skmaPORTAL PRASKMA

SELAMAT DATANG ORANG BARU

Warga Sekolah Kebangsaan Mata Ayer telah menerima kehadiran guru besar yang baru, Pn. Che Ragmah bt. Mustapaha dari Sekolah Kebangsaan Ketereh , Kota Bharu pada hari Isnin tanggal 6 hb. Februari 2012 yang lalu.  Seramai 20 orang warga SK Ketereh telah mengiringi beliau ke SK Mata Ayer.  Rombongan disambut meriah dan penuh bangga kerana beliau seorang guru besar yang disegani.  Sambutan ini juga diadakan pada hari sambutan maulidul rasul peringkat sekolah.

Sedetik kenangan pada hari tersebut diabadikan dalam entri ini.


Murid-murid bersedia menyambut rombongan dengan bunga manggar.


Rombongan dari SK Ketereh tiba pada jam 11 pagi.


 Guru -guru dan murid-murid menyambut ketibaan Pn. Che Ragmah bt Mustapaha , Guru Besar SKMA yang baru.



Majlis sambutan dan ucapan di dewan terbuka Seri Gemilang, SKMA.


Balasan hantaran 9 dulang untuk SK Ketereh yang juga bertandang dengan 9 dulang.


Ucapan pertama untuk warga SKMA.




Hidangan makan tengahari untuk para rombongan.

Selamat Tinggal......



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | ZALINA ADAM Design By SEK.KEB. MATA AYER | Modified By DBD 4690 iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top