Khamis, 12 November 2009

LAWATAN KERJA KE TRENGGANU

Khamis, 29 Oktober 2009, satu lawatan kerja ke Trengganu telah diadakan. Lawatan adalah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk, Jertih dan Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Trengganu.
Jom kita lihat entri ni..

Rombongan bertolak dengan bas ke Trengganu. Inilah rupa bangunan atau pusat prasekolah SK Bukit Jeruk. Bangunannya indah...cantik dan lain dari yang lain....sama dengan kecantikan di dalamnya.

Antara ruang-ruang yang terdapat di dalam kelas prasekolah ini. Penuh dengan bahan pembelajaran.


Murid-murid prasekolah SK Bukit Jeruk bersama dengan gurunya.

Atas kiri : Bergambar bersama dengan guru pra dan guru pendidikan agama islam.
Atas kanan : Bersama dengan Guru Besar SKBJ , Puan Rahmah, yang baik hati....dengan sekali panggilan talipon sahaja telah sudi menerima kunjungan kami melawat ke prasekolahnya. Terimakasih yang tak terhingga , cikgu.
Bawah kanan : Puan Rahmah tetap mesra melayani rombongan kami.
Yang ni pula, lawatan ke Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Trengganu.
Atas kiri : Guru Besar SK Gong Kapas sedang memberikan ucapan.
Atas kanan : Berbalas-balas cenderahati dengan En. Emran, pegawai pra PPD Machang.

Antara ruang dan mural yang terdapat di dalam kelas prasekolah SK Gong Kapas.


Seterusnya, rombongan kami ke Pasar Payang......ronda-ronda dan shopping-shopping ....kain batik ka...telur penyu ka...what ever la... kat sana.
Lepas tu, kami ke Masjid Kristal di Pulau Mat Saman...Trengganu.. dan bertolak pulang.

BENGKEL BBM PRASEKOLAH

Unit Prasekolah PPD Machang berbengkel lagi. Kali ini bengkel bbm. Bengkel BBM Prasekolah telah diadakan pada 26 Oktober 2009 yang lalu. Tapi baru sekarang , berkesempatan nak post entri ni. Bertempat di SK Sri Aman, kami menyiapkan bahan bantu mengajar tambahan bagi persediaan untuk kegunaan di tahun 2010. Ha...mana yang tak siap tu boleh disiapkan di dalam cuti sekolah ni bersama dengan ppm di sekolah masing-masing.


Atas kiri : Guru-guru sedang menyiapkan tugasan masing-masing.
Atas kanan: Nengok apa tu .....Cg. Midah dan Cg. Nora.
Bawah kiri : Cg. Junaidah dan aku.
Bawah kanan : Sorang dok senyum posing, yang sorang lagi khusyuknye.....

Atas kiri : Amboiii...Ila , apa yang lucu sangat tu...Saiful pun senyum...
Atas kanan : Wani..., Tie dan Lida...3 cikgu pra yang rajin...akhsss.
Bawah kiri : ni...lagi satu...group tekun dan kreatif....
Bawah kanan : Susun ..jangan tak susun...kak Dah dan Zu.

Atas : ha....yang ni lagi sibuk....tu ketuanya baju biru sedang mengarahkan anak buah..
Bawah kiri : ai....kak Mah ni..memang rajin orangnya,
walaupun veteran skit dari kita orang..he..he.. i'm salute u
Bawah kanan : En. Emran..pegawai prasekolah ppd Machang...disebelahnya tu ..cikgu Nora.

yang ni sekitar majlis penutup la...
Atas : yang tersengih tu aku la...selaku pengerusi majlis penutup...tengah....kak Midah kita ,
Pengerusi Majlis Pemuafakatan Guru Prasekolah sedang memberikan ucapan aluan dan
En. Emran.

Bawah : ada cenderahati lagi....terimakasih......