Ahad, 28 Mac 2010

LITERACY DISPLAYS

Mari...mari....mari...mari tengok sini, cuba cari ide di sini untuk sudut di kelas nanti! Kan sekarang ni dok sibuk pulak dengan literasi dan numerasi so jadi cikgu pra ni kena le banyak dedahkan murid dengan huruf-huruf, nombor, perkataan ,ayat dan semuanya lah ....nak suruh murid kat kelas tu boleh membaca, menulis dan memahami dalam ilmu matematik....dan sekarang bukan yang mudah-mudah aje..kena banyak yang sukar-sukar, (ore Kelate kato hok payoh-payoh la).

















*sumber imej : Sparkle Box

Tapi...walau apa sekalipun..syukur la jadi cikgu PRA ni...banyak pahalanye...dapat didik anak murid dari 'zero' hingga dapat membaca ,menulis dan mengira bahkan bukan itu aje.. Bangga!(dalam hati sendiri) .

Dan sesungguhnya kebajikan itu sebaik namanya dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dan semua itu adalah mereka yang melakukannya walaupun perit dilalui. Mereka ini akan merasakan 'buah'nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.

Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya). (Al-Lail:19-21)




Jumaat, 26 Mac 2010

Lawatan Pergigian

Selasa, 23 Mac 2010. Jikalau kelmarinnya....pemeriksaan kesihatan fizikal dilakukan ke atas murid-murid Prasekolah SK Mata Ayer oleh Klinik Kesihatan Pulai Chondong, hari ini pula Klinik Pergigian Pulai Chondong hadir dalam sesi lawatan Latihan Menggosok Gigi dan Ceramah Pergigian.

"Berapa kali sehari kita gosok gigi adik-adik?"
Pn. Mariam Abdul Hamid, jururawat pergigian sedang memberikan ceramahnya.....



"Tengok sini adik-adik....cara nak gosok gigi........"


...gosok adik jangan tak gosok ! Rajin gosok gigi....gigi jadi putih!





Terimakasih pada Pn. Mariam Abdul Hamid dan pembantunya dari Klinik Pergigian Pulai Chondong dan bekalan berus gigi dan ubat gigi percuma.


Rabu, 24 Mac 2010

Pemeriksaan Kesihatan

Isnin , 22 Mac 2010, prasekolah SK Mata Ayer telah dikunjungi oleh pihak Klinik Kesihatan Pulai Chondong dalam Program Rawatan Kesihatan untuk kanak-kanak Prasekolah. Lawatan itu turut disertai juga oleh 10 orang jururawat lelaki pelatih dari Kolej Politek Mara, Pengkalan Chepa, yang sedang dalam praktikal turut bersama-sama memberikan rawatan pemeriksaan kesihatan pada murid-murid prasekolah.

Sebenarnya, minggu ni PPM ku cuti sakit. Apa la lagi...yang memang dah kalut maka bertambah-tambah la lagi kalutnya.......

Tapi yang bestnya, misi-misi cik abang kita ni....best-best belaka. Apa yang best tu...rajin la... Memang mereka ni dah terlatih kena rajin dan ringan tulang. Baru la pesakit terasa diberi perhatian.

Pertama sekali, ceramah tentang kebersihan dan kesihatan diberikan oleh jururawat , SN Azirose bt. Che Alli, mereka memberikan tumpuan bagaimana hendak memberikan penerangan tentang kesihatan pada kanak-kanak dan bagaimana nak menarik perhatian kanak-kanak dalam mengikuti penerangan yang diberikan melalui perbualan dan soalan-soalan tentang penjagaan kesihatan. Setelah itu rawatan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan terhadap murid-murid prasekolah.

Memang layak la jadi misi... Apa tidaknya..pandai melayan kanak-kanak masa kita dok sibuk nak siapkan makan pagi untuk budak-budak, dia orang turut sama membantu kerja-kerja di dapur. Terasa la ringan skit...

SN Azirose sedang memberikan penerangan tentang kepentingan dan cara-cara penjagaan kebersihan tubuh badan pada kanak-kanak prasekolah.

Cik abang-cik abang jururawat memberikan sepenuh perhatian mendengar....



wah....anak-anak murid ku lagi khusyuk mendengar.....terkejut kot dengan kedatangan 'misi-misi' (budak-budak panggil 'doktor'......ewahhhh)

rawatan pemeriksaan kesihatan tubuh badan......check kutu ke...., kudis...ke...ada cacing ke....semua skali la...

Jururawat Klinik Kesihatan Pulai Chondong, Pn. Azirose dan Pn. Awezi (Jurulatih Kolej KPTM)
sedang melakukan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak.

suap ubat cacing ke tu...abang oii...

Lepas dia orang buat pemeriksaan kesihatan kanak-kanak, kena diarahkan pulak oleh SN Awize tolong cikgu masak kat dapur........ni...dah kira program komuniti la........

Yang ni pakar masak. Remey namanya...kat rumah sewa dia la yang selalu masak.....katanya..

.....dibantu oleh Raja Ahmad Healmy.....buat roti telur...

Raja ni orang Sarawak.....suka cuci pinggan mangkuk....habis gelas, cawan, pinggan dibasuhnya...kuali-kuali skali.......tengok la tu...sapu licin..........alhamdulillah....kata cikgu...
Terimakasih la untuk uolllsss....ye..

Thanks to....
1. Pn. Azirose bt. Che Alli (Jururawat KK Pulai Chondong)
2. Pn. Awezi bt. Ibrahim (Jurulatih Kolej KPTM)
3. Shahril Remey b. Abdul Rahim (student KPTM)
4. Raja Ahmad Healmy
5. Samsul Karim b. Mohamad
6. Mohd. Fakhrurazi Nawi
7. Khazwan bin Ghazali
8. Osman bin Awang
9. Nor Azizul Farid
10. Wan Mohd Sobir
11. Khairul Anuar Abdul Kadir


Isnin, 22 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Ahad, 7 Mac 2010 bersamaan 21 Rabiulawal 1431 diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah, yang turut disertai oleh kanak-kanak prasekolah. Namun begitu, hari ni baru berkesempatan nak terbitkan entri tu kerana walaupun bulan Rabiulawal telah berlalu, namun ia tetap meninggalkan kenangan untuk murid-murid prasekolah 2010 bagaimana pentingnya menghayati hari kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad saw.

Aturcara bermula dengan perhimpunan beramai-ramai di dataran sekolah. Selepas perhimpunan, acara diteruskan dengan perarakan beramai-ramai sambil bersalawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.




Perarakan berakhir di dewan terbuka SKMA. Aturcara disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul, kuiz, persembahan nasyid, mewarna dan penyampaian hadiah bagi acara kuiz dan mewarna. Yang akhirnya...jamuan tengahari untuk semua warga SKMA.