Jumaat, 29 Oktober 2010

Lawatan Anak-anakku

Khamis 28 Oktober, bawa anak-anak kat sekolah tu pergi melawat. Hajat hati tahun ni nak pergi jauh tapi apa kan daya tak kesampaian. Insyaallah .....mungkin di tahun-tahun depan kot. Yang penting, anak-anakku seronok......

Alhamdulillah....cuaca hari ni sangat baik sekali. Bimbang jugak akhir-akhir ni hujan turun tak menentu. Sewaktu bertolak dari sekolah (jam 8.30 pagi)....ada la turun rintik-rintik tapi syukur .......... sekejap aje.

Destinasi pertama, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , Pengkalan Chepa...tiba kat sini jam sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.

Jadual penerbangan menunjukkan jam 11.05 , kapalterbang akan mendarat ( yang jam 9.30 dibatalkan) . Bimbangnye...takut budak-budak ni boring . Mula-mula sampai, tengoklah..bukan main sopan lagi........excited tu nak tengok 'aeroplane'. (bersebelahannya Rest. KFC)

Satu jam setengah berlalu.........

.....apa yang dibuat tu?
Selepas tibanya kapalterbang...dah tengok jarak dekat...terus aje blah...

Bertolak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) ......makan-makan sambil tengok laut.

Makan di pondok rehat (ore kelate panggil 'wakaf') sambil menikmati deruan ombak pantai ........

Dua jam di sini....................lepas tu ke KFC, Kota Bharu.

.............sempat lagi nak naik keretapi......'cepat! cepat!...keretapi dah nak bertolak.........

............murid belum penat lagi ...cikgu dah keletihan.

Yang seronoknya diraikan oleh "CHICKY"

Berpusu-pusu nak bersalaman dan mendapatkan belon dari Chicky!


Terimakasih 'Chicky' !

Destinasi terakhir........"Water Splash", Taman Inderaputra, Kota Bharu.

Nak masuk kolam , baca Bismillah........ dulu dik......

........yang biasa mandi sungai....yang tak biasa mandi kolam .......semuanya mandi macam ....."itik baru jumpa air"...... hai...anak-anak ni...





Bertolak pulang jam 5.00 petang.
Sampai kat sekolah, jam hampir pukul 6 petang. Alhamdulillah....syukur..semuanya selamat.

Rabu, 27 Oktober 2010

Bengkel Rancangan Tahunan KSPK

Kelmarin baru balik dari Kursus Pentaksiran, hari ini kena berbengkel la pulak.....
Bengkel ni adalah Bengkel Rancangan Tahunan KSPK bagi PPD Machang. Bengkel kali ni adalah penyemakan semula dan penambahbaikan pada Rancangan Tahunan 2010. Semuga segala kekurangan dan kelemahan dalam RT 2010 dapat di perbaiki untuk kegunaan 2011 nanti.

Semua tekun dengan kumpulan "tunjang" masing-masing........



bincang.....bincang....cikgu, jangan tak bincang!


................yang dua orang ni...kembar...kembar tak seiras, tunjang je sama....



......tukang taip satu.....tukang cakap satu!

............yang ni pulak....agen semak kalendar...

......dalam buat kerja pun.....kena senyum beb!

Taklimat Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah

Taklimat Modul Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah
Kumpulan 2
Jabatan Pelajaran Kelantan

Tarikh : 25 - 26 Oktober 2010.
Tempat: Demong Beach Resort, Besut, Trengganu.


Hari Pertama:
En. Tajul Effendy bin Hassan dari Bahagian Pembangunan Kurikulum membentangkan kajian pemantauan KSPK di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.


Hari Kedua :
Taklimat Pentaksiran Perkembangan Murid Prasekolah oleh En. Shamsudin bin Hj. Jamil dari Bahagian Pembangunan Kurikulum dan sesi bengkel.

Geng satu meja!

Sempat juga menghayati keindahan pantai Bukit Keluang pada petang hari pertama.

Kursus dan taklimat berakhir pada pukul 12.30 tengahari 26 Oktober 2010.
....................Bye...bye......rasanya sebelum berakhir persekolahan 2010 ni...ada lagi kursus yang perlu diikuti......hai..kursus...kursus.....






Sabtu, 23 Oktober 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisma Literasi ICT Prasekolah

Kursus Peningkatan Profesionalisma Literasi ICT
Guru Prasekolah 2010

Tarikh : 17 hingga 19 Oktober 2010
Tempat : Permai Inn, Kuala Trengganu




Taklimat tentang penggunaan ICT dan perjalanan kursus oleh jurulatih ICT.

..................setting dan konfigurasi komputer.............


Sessi bengkel....menyediakan bahan bantu mengajar...............

...................sesi pembentangan hasil perbengkelan.

.........berakhir jam 12.30 tgh , 19 Oktober 2010.

Rabu, 13 Oktober 2010

Singa Comel

Kreativiti tiada had bagi kanak-kanak. Ia adalah proses pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak menyampaikan idea, emosi, perasaan dan kepercayaan dalam bentuk yang paling efektif. Apa saja yang diajar ingin dicuba dan ingin dilakukan. Penglibatan aktif kanak-kanak dan proses aktiviti yang berkesan , berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak di samping memupuk kreativiti dan nilai estetika.

Mari bersama ....mencuba dan menghasilkan SINGA COMEL yang ringkas...

Bahan diperlukan;
1. Kertas bergambar singa( seperti dalam gambar)
2. benang kait (kuning dan jingga)
3. gam
4. gunting
5. pensil warna/krayon


Langkah :
1. Warnakan gambar singa terlebih dahulu manakala bentuk bulat diguntingkan.

2. Tampalkan benang kait kuning dan jingga yang telah digunting pada sekeliling bentuk bulat tersebut.
3. Badan singa yang diwarnakan ditampalkan ke atas bentuk bulat tadi...
Dan..inilah hasilnya........


.................................Selamat Mencuba................



Ahad, 3 Oktober 2010

Meriahnya Aidil Fitri

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah telah diadakan pada 28 September 2010 yang lalu. Dah beberapa hari berlalu , baru hari ni berkesempatan nak publish entri aidil fitri. Semua murid memakai pakaian hari raya dan kelihatan mereka teramat gembira , dapat berhari raya bersama rakan-rakan di sekolah. Pelbagai makanan yang dibawa dari rumah untuk dinikmati bersama-sama dan tak terkecuali juga yang disediakan pihak sekolah untuk murid-murid....nasi impit , kuah kacang dan sate. Jom... mari beraya bersama-sama kami!.

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri" dari kami di prasekolah.....

................maaf zahir dan batin...... ada silap dan salah..jangan disimpan di dalam hati...


..... sementara menunggu masa untuk menikmati juadah hari raya..mendengar dulu ucapan hari raya.....

makan, adik makan................


..............meh! mari makan belako.....puak kito................


macam-macam juadah ada.......nasi impit, kuah kacang, sate....emmm...
..amboi...sedapnya...ketupat daun palas, tapai, roti jala, kuzi ayam puding....semuanya ada...

"SELAMAT HARI RAYA..AIDIL FITRI....MAAF ZAHIR DAN BATIN"...............dari kami warga SKMA....


Guru perempuan dan staff skma, dari kiri;
Cg . Rahmah , Nazeera, Azmira, Sarihah, Parhaniah, Norizal, Zalina, Roshaizan, Khairiah, Faridah, Rubiah, Nik Hasniza dan Baridah............