Jumaat, 9 Disember 2011

HARI KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2011

HARI KONVOKESYEN PRASEKOLAH 2011 kali ini diadakan di peringkat zon. Empat buah sekolah dalam Zon 1 Pejabat Pelajaran Daerah Machang iaitu SK Mata Ayer(1 kelas), SK Pangkal Nering(1 kelas), SK Bandar(1 kelas) dan SK Pulai Chondong(3 kelas) telah berpadu tenaga merancang dan melaksanakannya secara bersama. Bertempat di SK Pulai Chondong, majlis tersebut diadakan pada 3 November 2011 (Khamis). Mari kta ikuti....


Graduan-graduan kecil sedang mendengar ucapan...


Ucapan perasmian oleh Pegawai Penyelaras Prasekolah PPD Machang, En. Emran b. Mat Salleh.

Graduan-graduan cemerlang bersama Pegawai Penyelaras, gurubesar-gurubesar dan Penolong Kanan sekolah masing-masing.

Sessi bergambar beramai-ramai....

Prasekolah SK Mata Ayer.

Prasekolah SK Pangkal Nering.

Prasekolah As-Shafie, SK Pulai Chondong.


Prasekolah Al-Ghazali, SK Pulai Chondong.

Prasekolah Al-Bukhari, SK Pulai Chondong.

Majlis berjalan lancar dan tamat jam 12 tengahari.




SUNYI-SEPI

Buka saja blog Prasekolah SK Mata Ayer, terlihatlah kita en3 terakhir yang diterbitkan bulan Mei yang lalu...ucapan Selamat Hari Guru dan tema Hari Guru... Malah banyak entri-entri yang dirakamkan sepanjang 2011 tak dipost dalam laman blog ni.... Bukan itu saja sapaan dalam shoutbox tidak berbalas dan follower tak bersambut..... apa dah jadi ni..dah naik sesawang ni...haha. Maaflah pada semua tetamu yang berkunjung yang menyapa dan yang menjadi pengikut. Rasanya..saya dah membalas balik pada 'follower' yang masuk..

Sibuk sangat ke? Emmm bukan apa , ada komitmen lain yang perlu diutamakan. Dan saya 'salute' lah dekat rakan-rakan blogger prasekolah (terutama rakan blogger PrASEkOLaH SeMaiAN SubuR dan Bermulanya di prasekolah ini....) yang tak jemu-jemu dengan pelbagai en3 yang menarik dan yang penting sekali dapat memberikan input berguna dalam pendidikan prasekolah bagi guru-guru prasekolah. Semuga anda terus BERSEMANGAT hendaknya...

Kadang kala rasa kesian la dengan anak-anak kat sekolah tu, gambar selalu aje cikgu rakam, tapi tak publish pulak dalam blog ni. Tak ada la kenangan tentang dia orang ni.... Tak apa dengan azam baru ni ada le nanti beberapa en3 yang nak dimasukkan buat ANAK-ANAK TERSAYANG...PRA MUTIARA,SK MATA AYER...bye, bye.

Rabu, 16 Februari 2011

Catatan 2011

Bertemu Kembali......

Lama sungguh tidak menzahirkan sebarang catatan di sini......Inilah catatan pertama untuk Tahun 2011. Eeee malasnya....Sibuk ? Tak jugak... Tak ada semangat? Tak jugak..... Line internet ? Mungkin jugak.....sekejap dapat, sekejap putus semula...sehingga naik rimas....lebih baik buat lain kerja....
Tapi yang sebenarnya..tidak berkesempatan...

Sekali sekala ...menjenguk jugak ke blog rakan-rakan....tapi sekadar membaca catatan , lihat info-info baru.....tapi tangan ni malas aje nak buat catatan di blog sendiri....

Mungkin selepas ni...rajin la kot... insyallah....(background pun baru...harap ada semangat baru!)

Salam untuk semua rakan -rakan blogger.......semoga sentiasa hadir dengan entri-entri menarik, bahan-bahan terbaru dan baik digunakan bagi anak-anak murid dipra sekolah terutamanya untuk rakan-rakan blogger prasekolah....

Wassalam.............