amboi....perjalanan baru setengah jam.., dah tangkap lentuk..
ai.... tak reti nak duduk-duduk lagi dah.. nak pandang ke depan aje..
aisy....posing mengancam tu.
Destinasi pertama yang dituju ialah Muzium Perang atau Memorial Peperangan Dunia Kedua di Jalan Sultan, Kota Bharu. Ia juga dikenali dengan nama "Bank Kerapu". Fungsi asalnya adalah sebuah bank perdagangan iaitu The Mercantile Bank of India Ltd. pada tahun 1942-1945. Kemudiannya ia digunakan oleh tentera Jepun sebagai balai polis rahsia (Kempeitai). Bangunan ini kemudiannya digunakan semula sebagai bank sehingga tahun 1992.(siap jadi pemandu pelancong la ...pulak)
Bila saya beritahu kanak-kanak pra bahawa kita akan melawat Bank Kerapu, semuanya ketawa terkekek-kekek, ..kerapu...kerapu....ikan kerapu ke? Tak kenal le pulak. Salah seorang dari mereka bertanya, "Kenapa krapu, cikgu?" Sambil tercengang.(Ini kerana dalam bahasa Kelantan, perkataan 'kerapu' ni juga digunakan untuk maksud gatal-gatal atau berpenyakit kulit). Kena la pulak terangkan pada mereka, bahawa digelar 'kerapu' tu kerana keadaan dindingnya yang kesat dan menggerutu.
Pada awalnya terfikir la jugak, aku ni bawak budak-budak kecik ni pegi melawat muzium nak tengok benda-benda yang ada kat dalam tu? Minat ke? Maklumlah budak-budak ni kalu dah tak minat....ha..banyaklah perkara yang dia orang nak buat.
Tapi alhamdulillah, dengan begitu banyak bahan-bahan sejarah seperti basikal Jepun, senjata api, meriam, pelbagai peralatan tentera Jepun dan British serta pelbagai artifak sejarah, nampaknya mereka seronok dan teruja la jugak. Di sebelah luar bangunan pula dipamerkan kereta lama, kereta kebal ,beca tarik dan sebagainya.
Bergambar di hadapan replika kubu tentera.
Kereta lembu(gambar belakang) dan beca (dalam loghat Kelantan beca dipanggil "teksi")
kereta lama pun ada jugak.
Bergambar di hadapan kereta kebal yang digunakan untuk berperang pada masa lalu.
Angkatan muda nusa bangsa....
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
. ...serpihan kipas helikopter Jepun.
Antara lain yang terdapat di perkarangan Muzium Perang.
Kemudian kami ke Muzium Kraftangan atau lebih dikenali dengan nama Balai Getam Guri iaitu sebahagian daripada bangunan-bangunan yang terdapat dalam Kampung Kraftangan.
Bangunan Muzium ini telah dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Raja Perempuan Kelantan pada 27 Julai 1991.
Antara pemandangan indah di perkarangan Kampung Kraftangan.
Ini pula pelbagai kraftangan yang terdapat di dalam Muzium Kraftangan seperti barangan anyaman, ukiran, barangan pertukangan perak, mengkuang dan sebagainya.
Gambar kanan : Barangan pertukangan perak.
Destinasi seterusnya, rehat minda dan mandi manda di 'Water Splash' , Taman Inderaputra Kota Bharu.
Wajah keriangan dan kegembiraan tergambar di wajah setiap kanak-kanak apabila melihat kolam air tersebut. Al maklumlah.....anak-anak kampung...tak ada la pulak ibubapa mereka nak bawak pergi mandi kolam renang.
Lihatlah aksi dan keseronokan mereka.....
eee....seronoknya main air..
Hai.....seronoknya dalam hati.....kalau dapat datang sekali lagi.....
Kami bertolak pulang jam 4.45 petang......bye....bye.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan