Di antaranya aktiviti seni yang boleh dijalankan ialah membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri.
CoRaK...adalah satu struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal ataupun bebas. Rekaan dan corak yang dijalankan adalah Corak terancang melalui Lipatan dan Guntingan. Jom kita tengok...hasilnya.......
Bahan-bahan yang diperlukan;
1. gunting
2. gam
3. pensil tulis
4. kertas lukisan
5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang lain)
Langkah-langkah:
1. 'Sugar paper' berukuran 4cm x 4cm dilipat dua.
2. Lukiskan corak di atas kertas tersebut mengikut kreativiti sendiri dan digunting.
3. Kertas guntingan tadi dijadikan sebagai stensil dan digunting beberapa bentuk lagi yang sama mengikut stensil tadi.
4. Akhir sekali...bentuk- bentuk tadi disusun dan digamkan di atas kertas lukisan.
Lihat beberapa hasil yang telah disiapkan oleh murid-murid saya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan