Ahad, 19 Februari 2012

Sambutan Maulidulrasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 13 Rabiulawal 1433 H bersamaan 6 Februari 2012 yang lalu. Semua murid bermula dari Prasekolah hinggalah ke tahun enam meraikannya dengan perarakan beramai-ramai dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Sambutan bermula di dataran perhimpunan pagi.


Murid-murid prasekolah turut sama meraikannya.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar  Nabi Muhammad saw.


Majlis sambutan juga diisi dengan pengisian Ceramah Maulidul Rasul dan Kuiz serta penyampaian hadiah-hadiah untuk para pemenang Kuiz Maulidul Rasul. Majlis kemudian disusuli dengan jamuan makan tengahari untuk murid-murid dan semua warga SKMA dan berakhir sepenuhnya pada jam 1.30 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan