Selamat Hari Guru diucapkan untuk semua rakan-rakan guru di seluruh MALAYSIA dan di seluruh dunia, 'HAPPY TEACHERS'S DAY'
Begitu besarnya jasa guru hanya anak didik yang tahu menilainya apabila mereka telah berjaya, ini mengingatkan saya pada satu sajak karya SN Usman Awang bertajuk Guru Oh Guru. Antara bait-bait yang sangat membanggakan, kalau kita hayati adalah seperti berikut :
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Teringat sewaktu di zaman kelas tadika dan darjah satu dulu...begitu sukar untuk belajar hingga dapat menulis dan membaca. Lepas satu-satu ilmu yang guru curahkan hingga kita berjaya ke tahapnya. Kegarangan guru pada masa itu menjadi detik manis dalam kenangan kita hingga kini walaupun mereka telah tiada. Dan kini bila kita telah menjadi guru , anak didik yang datang tanpa pandai apa-apa ...menjadi satu kepuasan dalam hati bila mereka telah pandai menulis dan membaca dengan lancar.
Kita tidak mengharapkan apa-apa..hanya keberkatan dari ALLAH YANG ESA supaya dipanjangkan untuk anak-cucu kelak.
Kepada semua guru-guru, saya doakan moga kalian terus sabar dan tabah dalam mendidik anak bangsa kita demi memastikan mereka ini kelak menjadi seorang rakyat yang cemerlang dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan Negara.
JASA GURU MOGA DIKENANG SEPANJANG HAYAT.
Khamis, 17 Mei 2012
Selasa, 6 Mac 2012
CLASSROOM DISPLAY
Entri kali tentang sudut-sudut pembelajaran di dalam kelas yang mungkin boleh memberikan satu cetusan idea untuk kalian semua.
Sudut Komunikasi - Bahasa Malaysia
Sudut Komunikasi- Bahasa Inggeris
Sains dan Teknologi
Ahad, 4 Mac 2012
KECEMERLANGAN PRASEKOLAH
Majlis Anugerah Kecemerlangan Prasekolah Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung pada 14 Februari 2012 yang lalu , bertempat di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Tangok, Bachok, Kelantan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YABrs. Tn. Hj. Hussain bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan. Sebanyak 46 buah kelas prasekolah seluruh negeri Kelantan bagi tahun penilaian 2011 telah berjaya diiktiraf dengan Anugerah 5 Bintang. Alhamdulillah...Prasekolah Tunas Mutiara juga berjaya mendapat anugerah tersebut. Syukur pada Allah swt. , akhirnya segala usaha dan doa, kesusahan dan kepayahan telah dianugerahkan dengan sesuatu yang manis. Prasekolah Tunas Mutiara juga berjaya mendapat Anugerah Khas Prasekolah Berbintang (Top 5) peringkat negeri Kelantan 2011.
Jumaat, 24 Februari 2012
SELAMAT DATANG ORANG BARU
Warga Sekolah Kebangsaan Mata Ayer telah menerima kehadiran guru besar yang baru, Pn. Che Ragmah bt. Mustapaha dari Sekolah Kebangsaan Ketereh , Kota Bharu pada hari Isnin tanggal 6 hb. Februari 2012 yang lalu. Seramai 20 orang warga SK Ketereh telah mengiringi beliau ke SK Mata Ayer. Rombongan disambut meriah dan penuh bangga kerana beliau seorang guru besar yang disegani. Sambutan ini juga diadakan pada hari sambutan maulidul rasul peringkat sekolah.
Sedetik kenangan pada hari tersebut diabadikan dalam entri ini.
Murid-murid bersedia menyambut rombongan dengan bunga manggar.
Rombongan dari SK Ketereh tiba pada jam 11 pagi.
Guru -guru dan murid-murid menyambut ketibaan Pn. Che Ragmah bt Mustapaha , Guru Besar SKMA yang baru.
Balasan hantaran 9 dulang untuk SK Ketereh yang juga bertandang dengan 9 dulang.
Selamat Tinggal......
Sedetik kenangan pada hari tersebut diabadikan dalam entri ini.
Murid-murid bersedia menyambut rombongan dengan bunga manggar.
Guru -guru dan murid-murid menyambut ketibaan Pn. Che Ragmah bt Mustapaha , Guru Besar SKMA yang baru.
Majlis sambutan dan ucapan di dewan terbuka Seri Gemilang, SKMA.
Balasan hantaran 9 dulang untuk SK Ketereh yang juga bertandang dengan 9 dulang.
Ucapan pertama untuk warga SKMA.
Hidangan makan tengahari untuk para rombongan.
Selamat Tinggal......
Ahad, 19 Februari 2012
Lambaian Perpisahan
Tanggal 8 Februari 2012, Rabu merupakan hari terakhir bagi guru besar Sekolah Kebangsaan Mata Ayer, Machang, En. Che Hussin bin Harun bersama-sama dengan warga SKMA. Majlis "Lambaian Perpisahan" diadakan untuk beliau yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kota Bharu.
Semua pelajar bersalaman dengan beliau untuk kali yang terakhir. Seramai 15 orang guru termasuk staf sokongan telah mengiringi beliau ke sekolah yang baru, SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu.
Salam perpisahan dari kami di sini dan semoga berbahagia di tempat yang baru........
Jasamu Dikenang setelah hampir 5 tahun bersama-sama dengan kami di SKMA.
Ucapan dan amanat terakhir dari GB untuk warga SKMA.....
Semua pelajar bersalaman dengan beliau untuk kali yang terakhir. Seramai 15 orang guru termasuk staf sokongan telah mengiringi beliau ke sekolah yang baru, SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu.
Salam perpisahan dari kami di sini dan semoga berbahagia di tempat yang baru........
Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.
Sambutan Maulidulrasul Peringkat Sekolah
Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 13 Rabiulawal 1433 H bersamaan 6 Februari 2012 yang lalu. Semua murid bermula dari Prasekolah hinggalah ke tahun enam meraikannya dengan perarakan beramai-ramai dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.
Majlis sambutan juga diisi dengan pengisian Ceramah Maulidul Rasul dan Kuiz serta penyampaian hadiah-hadiah untuk para pemenang Kuiz Maulidul Rasul.
Majlis kemudian disusuli dengan jamuan makan tengahari untuk murid-murid dan semua warga SKMA dan berakhir sepenuhnya pada jam 1.30 tengahari.
Sambutan bermula di dataran perhimpunan pagi.
Murid-murid prasekolah turut sama meraikannya.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.