Ahad, 19 Februari 2012

Lambaian Perpisahan

Tanggal 8 Februari 2012, Rabu merupakan hari terakhir bagi guru besar Sekolah Kebangsaan Mata Ayer, Machang, En. Che Hussin bin Harun bersama-sama dengan warga SKMA. Majlis "Lambaian Perpisahan" diadakan untuk beliau yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kota Bharu.


Jasamu  Dikenang setelah hampir 5 tahun bersama-sama dengan kami di SKMA.


Ucapan dan amanat  terakhir dari GB untuk warga SKMA.....



Semua pelajar bersalaman dengan beliau untuk kali yang terakhir.  Seramai 15 orang guru termasuk staf sokongan telah mengiringi beliau ke sekolah yang baru, SK Sultan Ismail 1, Kota Bharu.
Salam perpisahan dari kami di sini  dan semoga berbahagia di tempat yang baru........

Selanjutnya taip di sini untuk paparan penuh.

Sambutan Maulidulrasul Peringkat Sekolah

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari Isnin, 13 Rabiulawal 1433 H bersamaan 6 Februari 2012 yang lalu. Semua murid bermula dari Prasekolah hinggalah ke tahun enam meraikannya dengan perarakan beramai-ramai dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Sambutan bermula di dataran perhimpunan pagi.


Murid-murid prasekolah turut sama meraikannya.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar  Nabi Muhammad saw.


Majlis sambutan juga diisi dengan pengisian Ceramah Maulidul Rasul dan Kuiz serta penyampaian hadiah-hadiah untuk para pemenang Kuiz Maulidul Rasul. Majlis kemudian disusuli dengan jamuan makan tengahari untuk murid-murid dan semua warga SKMA dan berakhir sepenuhnya pada jam 1.30 tengahari.