Hari Graduasi Prasekolah bagi murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Mata Ayer telah diadakan pada hari Rabu, 17 November 2009. Aturcara bermula pada jam 11 pagi ,dengan ucapan oleh Tn. Guru Besar, persembahan dan penyampaian Sijil Tamat Prasekolah dan hadiah. Dan seterusnya para ibubapa dan guru-guru dijemput ke jamuan makan tengahari di kelas prasekolah.





skmaPORTAL PRASKMA
HARI GRADUASI PRASEKOLAH 2009
Malam Anugerah Kecemerlangan
Pada 16 November 2009, berlangsungnya Malam Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Mata Ayer. Kali ni hari penyampaian hadiah telah diadakan pada waktu malam. Nak mengembalikan nostalgia lama...kata Guru Besar. Aturcara telah dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar, En. Che Hussin b. Harun. Disusuli pula oleh ucapan oleh En. Tan Ah Wang iaitu wakil kaum Cina, Kampung Mata Ayer. En. Tan ini adalah bekas guru SK Mata Ayer dan beliau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Awang oleh masyarakat di sini.
Atas : Tn. Guru Besar sedang memberikan ucapan alu-aluan.
Bawah : En. Tan Ah Wang sedang berucap.
Hadiah cabutan bertuah untuk yang hadir dan hadiah kecemerlangan untuk para
pelajar.
Para ibubapa hadir bagi memeriahkan majlis. Persembahan undangan dari murid-murid SJKC Pei Hwa turut menghiburkan.
Penyampaian hadiah bagi murid-murid yang cemerlang dalam akademik.

Turut dipersembahkan Nyanyian Dikir Barat oleh murid-murid SKMA dan dikir barat Kumpulan Komuniti Kg. Mata Ayer.
Majlis berakhir pada jam 11.00 malam.
MESYUARAT JURULATIH UTAMA BAHASA INGGERIS PRASEKOLAH
Mesyuarat Jurulatih Utama Bahasa Inggeris Prasekolah telah berlangsung pada 31 Oktober hingga 2 November 2009 yang lalu di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Mesyuarat ini juga adalah mengenai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang akan bermula pada tahun 2010.
Hari pertama ........perjalanan dan 'check in'.
Hari Kedua .........taklimat, mesyuarat, perbincangan dan pembentangan...
Atas kanan : Pn. Hjh. Nik Asiah sedang memberikan taklimat tentang KSPK.
Atas kiri dan bawah kanan: Para pegawai sedang bersidang...
........dan yg kat bawah (kiri) tu....kembar tak seiras...
Bawah... para JU sedang berbincang dalam kumpulan tunjang masing-masing, ada jugak yang sempat senyum dan posing kat cameraman.
Atas:.....amboi Nan...apa yg diperkatakan tu.... , kak Mek dan Aini.....bincang...bincang....
Bawah: ......hai! Seri (baju biru)... dah sampai kat GM dah ke..., kak azima dan Dah..group
perkasa tu....
Atas : Shidah, Ada dan Aini....senyum manis lagi...
Bawah : .....amboii hangatnya group ni...strategi apa yg dibincangkan tu. Kelihatan En. Azmi (PPD Jeli) , En. Mashkor (PPD P.Puteh), Shuk, Kak Suzanee dan Cg. Kartini.
Atas : Nurina.... buat rujukan ke tu... , tengah; bincang..bincang lagi... ; hai kak Ma...sempat lagi calling...caling... ye.
...pada sebelah petang pulak...kitaorang sempat lagi naik kereta kabel naik ke genting. Hai...sempat lagi posing dalam cable car tu....tak takut ke? Teringat aku sorang teman yang tak boleh nak pandag kiri kanan....asyik dok tengok belakang aje...ttakut...sapa ye? sshhh?
Hari ketiga... check out jam 12 tgh.. posing depan hotel.

...ole-ole dari genting...rm 12 satu bekas....
LAWATAN KERJA KE TRENGGANU
Khamis, 29 Oktober 2009, satu lawatan kerja ke Trengganu telah diadakan. Lawatan adalah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk, Jertih dan Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Trengganu.
Jom kita lihat entri ni..
Rombongan bertolak dengan bas ke Trengganu. Inilah rupa bangunan atau pusat prasekolah SK Bukit Jeruk. Bangunannya indah...cantik dan lain dari yang lain....sama dengan kecantikan di dalamnya.
Antara ruang-ruang yang terdapat di dalam kelas prasekolah ini. Penuh dengan bahan pembelajaran.
Murid-murid prasekolah SK Bukit Jeruk bersama dengan gurunya.
Atas kiri : Bergambar bersama dengan guru pra dan guru pendidikan agama islam.
Atas kanan : Bersama dengan Guru Besar SKBJ , Puan Rahmah, yang baik hati....dengan sekali panggilan talipon sahaja telah sudi menerima kunjungan kami melawat ke prasekolahnya. Terimakasih yang tak terhingga , cikgu.
Bawah kanan : Puan Rahmah tetap mesra melayani rombongan kami.
Yang ni pula, lawatan ke Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Trengganu.
Atas kiri : Guru Besar SK Gong Kapas sedang memberikan ucapan.
Atas kanan : Berbalas-balas cenderahati dengan En. Emran, pegawai pra PPD Machang.
Antara ruang dan mural yang terdapat di dalam kelas prasekolah SK Gong Kapas.
Seterusnya, rombongan kami ke Pasar Payang......ronda-ronda dan shopping-shopping ....kain batik ka...telur penyu ka...what ever la... kat sana.Lepas tu, kami ke Masjid Kristal di Pulau Mat Saman...Trengganu.. dan bertolak pulang.
BENGKEL BBM PRASEKOLAH
Unit Prasekolah PPD Machang berbengkel lagi. Kali ini bengkel bbm. Bengkel BBM Prasekolah telah diadakan pada 26 Oktober 2009 yang lalu. Tapi baru sekarang , berkesempatan nak post entri ni. Bertempat di SK Sri Aman, kami menyiapkan bahan bantu mengajar tambahan bagi persediaan untuk kegunaan di tahun 2010. Ha...mana yang tak siap tu boleh disiapkan di dalam cuti sekolah ni bersama dengan ppm di sekolah masing-masing.
Atas kiri : Guru-guru sedang menyiapkan tugasan masing-masing.
Atas kanan: Nengok apa tu .....Cg. Midah dan Cg. Nora.
Bawah kiri : Cg. Junaidah dan aku.
Bawah kanan : Sorang dok senyum posing, yang sorang lagi khusyuknye.....
Atas kiri : Amboiii...Ila , apa yang lucu sangat tu...Saiful pun senyum...
Bawah kiri : ni...lagi satu...group tekun dan kreatif....
Bawah kanan : Susun ..jangan tak susun...kak Dah dan Zu.
Atas : ha....yang ni lagi sibuk....tu ketuanya baju biru sedang mengarahkan anak buah..Bawah kiri : ai....kak Mah ni..memang rajin orangnya,
walaupun veteran skit dari kita orang..he..he.. i'm salute u
Bawah kanan : En. Emran..pegawai prasekolah ppd Machang...disebelahnya tu ..cikgu Nora.
yang ni sekitar majlis penutup la...Atas : yang tersengih tu aku la...selaku pengerusi majlis penutup...tengah....kak Midah kita ,
Pengerusi Majlis Pemuafakatan Guru Prasekolah sedang memberikan ucapan aluan dan
En. Emran.
Bawah : ada cenderahati lagi....terimakasih......
Baca Selanjutnya..
Pemantauan Pra Berbintang
Pemantauan Pra Berbintang.... emmm..... hebat bunyinya tu. Tapi, itulah hasrat Unit Prasekolah JPN Kelantan untuk mewujudkan lebih banyak kelas prasekolah yang ceria dan lengkap dari segala aspek baik pengurusan, kewangan, pembelajaran dan sebagainya. Kali pertama pemantauan peringkat PPD dah jalan lepas hari raya ari tu.. tapi gambar-gambar ni tak sempat nak dimasukkan dalam blog pada waktunya. Al maklumlah....banyak hal jugak le. Walaupun lewat, tapi tak apa la, sekurang-kurangnya ada gambar-gambar pemantau yang datang...buat kenangan.Kelihatan Pn. Junaidah dan Cik Nurizwani sedang meneliti dan membelek-belek fail dan rekod-rekod yang ada.
Dari kiri , Cg. Nurizwani dan Cg. Roslida dari SK Pulai Chondong dan Cg. Junaidah dari SK Pangkal Nering.
Ini baru pemantauan peringkat PPD, JPN belum datang lagi.
Sambutan Aidil Fitri di Sekolah
Selasa, 29 September 2009 bersamaan 10 Syawal 1430, telah diadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekolah. Apalagi semua budak-budak di suruh pakai baju raya dan bawa la kuih raya dari rumah. Kat sekolah cikgu sediakan juga menu utamanya secara sederhana sahaja .....nasi impit, kuah kacang ,serunding, satay dan ketupat. Makannya lebih kurang pukul 9.30 pagi. Duit raya dah diberikan sebelum cuti hari tu...
Seronok betul la budak-budak ni....dapat pakai baju raya ke sekolah......(jangok! jangok, belako! kato ore kelate) hai! hai! bye! bye! Selamat Hari Raya.................
Guru-guru sedang menjamu selera.........
dari kiri.....Cikgu Daniyal, Cikgu Nash dan Cikgu Zu. Maaf zahir dan batin untuk semua...........
.....dari kiri Cikgu Hamidah, Cg. Parhaniah, Cg. Khairiah dan Cg. Nik Hasniza.
Dah makan ke tu....posing dulu...la... Ustazah Azmira dan Cg. Faridah......amboiii sedapnya!
Mari, mari makan....jangan la malu-malu.....
......dari kanan...Us Nazeera dan Cikgu. Norizal
Amboiii......seronoknya.....senyum, senyum...klik.
Lepas makan..............ayuh bergambar la pulak....buat kenangan Hari Raya Aidil Fitri 2009
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....MAAF ZAHIR DAN BATIN......"
"makan apa tu.....tapai ka?"
Baca Selanjutnya..









