Khamis, 29 Oktober 2009, satu lawatan kerja ke Trengganu telah diadakan. Lawatan adalah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk, Jertih dan Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Trengganu.
Jom kita lihat entri ni..
Rombongan bertolak dengan bas ke Trengganu. Inilah rupa bangunan atau pusat prasekolah SK Bukit Jeruk. Bangunannya indah...cantik dan lain dari yang lain....sama dengan kecantikan di dalamnya.
Antara ruang-ruang yang terdapat di dalam kelas prasekolah ini. Penuh dengan bahan pembelajaran.
Murid-murid prasekolah SK Bukit Jeruk bersama dengan gurunya.
Atas kiri : Bergambar bersama dengan guru pra dan guru pendidikan agama islam.
Atas kanan : Bersama dengan Guru Besar SKBJ , Puan Rahmah, yang baik hati....dengan sekali panggilan talipon sahaja telah sudi menerima kunjungan kami melawat ke prasekolahnya. Terimakasih yang tak terhingga , cikgu.
Bawah kanan : Puan Rahmah tetap mesra melayani rombongan kami.
Yang ni pula, lawatan ke Sekolah Kebangsaan Gong Kapas, Kuala Trengganu.
Atas kiri : Guru Besar SK Gong Kapas sedang memberikan ucapan.
Atas kanan : Berbalas-balas cenderahati dengan En. Emran, pegawai pra PPD Machang.
Antara ruang dan mural yang terdapat di dalam kelas prasekolah SK Gong Kapas.
skmaPORTAL PRASKMA
LAWATAN KERJA KE TRENGGANU
Date: Khamis, 12 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan