skmaPORTAL PRASKMA

KEHEBATAN BUNGA

Bermulanya tahun baru iaitu 2010 ni...belum cukup kuat untuk ku menambahkan idea-idea untuk dimuatkan dalam blog ini. Kesibukan tugas seharian di sekolah dengan kurikulum baru prasekolah dan pelajar-pelajar baru yang pelbagai fiil dan karenah serta waktu mengajar yang ditambahkan lagi setengah jam pada setiap hari membuatkan diri rasa tidak berkesempatan untuk hal-hal sampingan. Terasa waktu begitu cepat berlalu setiap hari. Bila balik ke rumah...badan penat dan dah tak ada masa nak buka laptop , nak tengok blog sendiri...apatah lagi nak ziarah-ziarah blog rakan-rakan. Tapi hari ni...nak cerita la skit....tentang kehebatan ciptaan Allah...iaitu bunga.

Bukan apa, saja nak hilangkan stress.
Suatu pagi, sewaktu anak-anak murid ku sedang membuat latihan lembaran kerja yang diberi...mataku melilau ke luar kelas ke dalam taman. Beberapa jenis bunga yang di tanam sedang mekar indah. Terasa fikiran yang kusut menjadi tenang, melihat kecantikan dan keindahan ciptaan Allah. Betapa besarnya kekuasaanNya. Aku terus mencapai kamera yang kebetulan di bawa pada hari tu dan mendekati bunga-bunga tersebut lalu kamera ku petik. Fikiran terasa lapang dan bibir menguntum senyum memuji keindahanNya.

Memang benar kata orang, bunga mempunyai tenaga dan kuasa yang boleh membuatkan kita rasa lebih tenang dan lebih sihat. Ia juga mampu menghilangkan stress. Kita boleh sembuh dari sakit tanpa sebarang suntikan atau minum ubat. Tenaga bunga juga dapat menyembuhkan dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang individu secara utuh baik secara fizikal, emosi, mental maupun spiritual.

Mari kita kongsi keindahannya..........

Bunga orkid ni dibeli tahun lepas. Ini dah kali ke dua ia berbunga...


Yang ni pokok keladi merah. Ataupun dipanggil jugak' anthurium'. ANTHURIUM asalnya tumbuhan hutan yang hidup meliar dan kini kian diminati ramai sebagai penyeri gubahan dan landskap kediaman.
Bunganya tahan lama dan semakin subur sebab selalu kena hujan kot. Tambah-tambah pulak kat sini kan kampung....dingin...alam keliling penuh dengan pokok-pokok buahan.

Yang ini bunganya berwarna merah jambu.


Pokok bunga yang satu ni paling suka dipandang. Dah dua tahun tanam tapi baru kali ni berbunga. Kalau tak silap yang ni orang panggil pokok bunga rajadeli (tak tau sangat pasal nama-nama bunga ni...)


Bunga kat bawah ni pulak, namanya pokok bunga tudung periuk(dipanggil di tempat saya la..), ataupun nama glamernya 'ixora' . Ada juga orang panggilnya pokok siantan atau jenjarum ataupun pokok bunga pecah periuk. Ditanam di sepanjang pagar taman permainan.

Teringat pulak masa kecik-kecik dulu masa dengan member-member suka petik dan isap madunya...manissss... dan juga suka tarik jarum kat dalam bunganya, kemudian cucuk-cucuk buat kalong leher atau rantai tangan. Ha...ni...boleh le ajar budak-budak kat kelas tu pulak....he..he..


Orkid yang ini berwarna putih salju ...(ewahhh)


Pokok heliconia . Ada sepohon, ditanam di hujung pagar . Pokok ni tak boleh ditanam banyak nanti jadi semak...nanti tak sesuai untuk tempat permainan kanak-kanak.




Yang ini tak tau la pulak nama apa, tapi tetap cantik bila dipandang. Inilah yang membuatkan hati rasa damai di samping tugas-tugas seharian.





0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | ZALINA ADAM Design By SEK.KEB. MATA AYER | Modified By DBD 4690 iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top