skmaPORTAL PRASKMA

Mesyuarat Kursus Peningkatan Profesionalisma Literasi ICT

Pada 27 September 2010 diadakan Mesyuarat Penyelarasan Kursus Peningkatan Profesionalisma Literasi ICT Guru Prasekolah Di Bawah Program NKRA. Bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Ketereh (SK Ketereh) pada jam 11 pagi. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan latihan peningkatan profesionalisma bidang ICT kepada guru-guru prasekolah. Latihan ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran penyampaian pengajaran kepada murid prasekolah sebagaimana yang dihasratkan dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Pendidikan.

Mesyuarat adalah berkisar tentang pengurusan, penambahbaikan dan perancangan perjalanan kursus untuk guru-guru prasekolah Kelantan . Kursus Fasa 2 ini akan dijalankan serentak dalam 3 pakej pada 17, 18 dan 19 Oktober 2010.


Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mat Nawi b. Wahid (Penolong Pengarah Kajian Kemasyarakatan). Kelihatan disebelahnya, Pn. Zuriah bt. Muhamad (Penolong Pengarah ICT dan Perkomputeran).

Para jurulatih sedang mendengar taklimat.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | ZALINA ADAM Design By SEK.KEB. MATA AYER | Modified By DBD 4690 iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top