Kreativiti tiada had bagi kanak-kanak. Ia adalah proses pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak menyampaikan idea, emosi, perasaan dan kepercayaan dalam bentuk yang paling efektif. Apa saja yang diajar ingin dicuba dan ingin dilakukan. Penglibatan aktif kanak-kanak dan proses aktiviti yang berkesan , berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak di samping memupuk kreativiti dan nilai estetika.
Mari bersama ....mencuba dan menghasilkan SINGA COMEL yang ringkas...
Bahan diperlukan;
1. Kertas bergambar singa( seperti dalam gambar)
2. benang kait (kuning dan jingga)
3. gam
4. gunting
5. pensil warna/krayon
Langkah :
1. Warnakan gambar singa terlebih dahulu manakala bentuk bulat diguntingkan.
2. Tampalkan benang kait kuning dan jingga yang telah digunting pada sekeliling bentuk bulat tersebut.
3. Badan singa yang diwarnakan ditampalkan ke atas bentuk bulat tadi...
Dan..inilah hasilnya........
.................................Selamat Mencuba................
skmaPORTAL PRASKMA
Singa Comel
Date: Rabu, 13 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan